mutakhir

Terbabas lalu jalan gelap

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Seremban: Hasrat dua rakan menghadiri program Aidilfitri di pasar raya di Seremban 2 di sini, malam kelmarin, tidak kesampaian apabila seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Kilometer 256.5, Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran susur Plaza Tol Seremban, malam kelmarin.

Kemalangan jam 9 malam itu mengorbankan mangsa, Nuraisyah Abu Hasan, 40, manakala rakannya, Mohamad Fazdriel Mohamed Razin, 27, parah dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Sumber berkata, dalam kejadian itu, dua sahabat terbabit menaiki motosikal Honda EX5 dari Melaka ke Seremban bagi menghadiri program yang diadakan sempena sambutan Aidilfitri.

“Bagaimanapun, sebaik melalui lokasi kejadian, motosikal ditunggang Mohamad Fazdriel dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik di kiri jalan menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh.

“Kemalangan itu mengakibatkan Nuraisyah cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 17, 2015 @ 9:24am
d