mutakhir

Ceroboh ikut atap

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kajang: Panjat bumbung dan cabut atap genting kediaman. Itu aktiviti jenayah pecah rumah dilakukan seorang lelaki selain memperkosa mangsa di dalam rumah.

Suspek warga tempatan berusia 25 hingga 30 tahun itu kini menjadi buruan utama polis selepas turut merogol seorang mangsa berusia 20-an di Kajang Utama di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa dikatakan tidur di bilik di tingkat dua kediaman manakala semua ahli keluarga tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek lelaki bersenjatakan pisau itu kemudian memasuki rumah mangsa melalui atap genting sebelum memecah siling rumah berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 18, 2015 @ 8:04am
d