mutakhir

Terapi tumbuhan

Oleh Nur Lela Zulkipli

Serdang: Pemilihan tanaman di sesebuah kawasan harus bertepatan kehendak pengguna supaya dapat menimbulkan elemen ketenangan kepada sesiapa yang melihatnya.

Menjelaskan kepentingan pemilihan tanaman, Pensyarah Kanan Jabatan Senibina Landskap Dr Shureen Faris Abdul Shukor berpendapat laman terapi antara elemen penting yang perlu wujud di organisasi awam atau swasta bagi menyamankan udara sekeliling.

Menurutnya, hasil kajian yang dijalankan di sebuah sekolah rendah di ibu negara mendapati murid lebih gemar berada dalam persekitaran tanaman berkonsepkan kampung halaman.

“Melalui lukisan diserahkan kepada kami, rata-rata murid mahukan persekitaran yang dapat dilihat ketika berkunjung ke kampung berbanding hanya melihat batu bata sebagai hiasan laman moden.

“Sekiranya murid didedahkan dengan persekitaran yang dikehendaki, proses pembelajaran akan berjalan dengan lebih lancar kerana mereka akan berasa tenang di sekolah,” katanya ketika ditemui di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 18, 2015 @ 8:06am
d