mutakhir

Ramli Jalur Gemilang

Oleh Norul Awatif Romli

Alor Setar: “Saya tidak pernah rasa malu, malah berbangga apabila menyarung pakaian seragam diperbuat daripada bendera Malaysia setiap kali menjelang bulan kemerdekaan kerana tidak ramai individu ‘sporting’ seperti ini di Malaysia,” kata Ramli Mustafa, 62.

Malah, warga emas yang turut dikenali dengan jolokan nama Ramli Merdeka oleh rakannya dan penduduk Alor Setar itu akan menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan mengecat van biru Toyota Liteace miliknya dengan warna Jalur Gemilang setiap kali menjelang 31 Ogos.

Ramli yang berasal dari Kampung Borhan, Jalan Langgar, di sini, mengambil inisiatif melukis Jalur Gemilang menggunakan cat dibeli selain melakar logo tema Hari Kemerdekaan setiap tahun sejak lima tahun lalu.

“Disebabkan van ini turut digunakan untuk aktiviti harian termasuk berniaga, saya mengambil masa tiga hari untuk menyiapkan keseluruhan lakaran Jalur Gemilang dan logo tema pada van.

“Saya belanja RM60 untuk beli cat manakala peralatan melukis guna yang sedia ada.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 18, 2015 @ 8:16am
d