mutakhir

Jatuh haram guna kekerasan

Kangar: “Sesiapa saja boleh mengkritik pemimpin dalam apa juga bentuk sekalipun, tetapi adalah haram jika ingin menjatuhkan pemimpin itu dalam bentuk kekerasan.”

Itulah pendirian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim apabila menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam cubaan menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, tindakan yang dilakukan oleh sesetengah pihak tidak lain hanya untuk melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dan membangkitkan permusuhan dalam parti Melayu terbesar itu.

“Ada pihak sudah ‘viral’kan senarai (19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam platform media sosial kononnya mereka terbabit dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri, namun saya tidak mahu respons dengan lebih mendalam terhadap perkara ini disebabkan ia tidak diketahui kesahihannya,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, ada pihak tertentu sebenarnya secara halus mahu mewujudkan permusuhan antara Najib dengan ahli UMNO.

Disiarkan pada: August 18, 2015 @ 8:20am
d