mutakhir

761 mangsa cinta bodoh

Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Berbuih nasihat dan amaran diberikan polis, namun seramai 761 mangsa majoritinya wanita tempatan terus menjadi mangsa tipu helah ‘basi’ sindiket penipuan ‘Africa Scam’ membabitkan kerugian RM26 juta.

Rata-rata mangsa berusia 30-an ke atas digoda dan diperdaya ahli sindiket itu dalam tempoh antara Januari hingga Julai lalu.

Lebih malang apabila mangsa terlalu mudah digoda dan cair pada rupa paras suspek yang menyamar sebagai lelaki kacak melalui laman sosial Facebook (FB) dan aplikasi Internet lain.

Janji berkahwin dengan mengadakan majlis persandingan gilang gemilang menyebabkan mangsa teruja sanggup merelakan diri ditipu dengan mudah.

Kebiasaannya mangsa diperdaya apabila ‘buah hati’ warga asing itu mendakwa ada mengirim hadiah berharga ke negara ini sebelum mangsa diarah membuat bayaran kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk mendapatkan kotak atau bungkusan hadiah terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 18, 2015 @ 9:07am
d