mutakhir

Vapor difatwa haram

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

Ipoh: Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan penggunaan rokok elektronik atau dikenali sebagai ‘vapor’ sebagai haram dengan mengambil kira hukum diguna pakai pada shisha yang mempunyai kesan terhadap kesihatan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, pihaknya masih menunggu laporan penuh dan penjelasan pakar Kementerian Kesihatan (KKM) dan jika laporan itu mendapati vapor sah memudaratkan kesihatan, ia akan difatwakan sebagai haram.

Menurutnya, rokok elektronik itu dikhuatiri bukan saja mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan, tetapi ia ternyata mempunyai kesan kepada ekonomi pengguna yang boleh dikelaskan sebagai pembaziran.

“Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan isu rokok dan shisha sebelum ini serta mendapati ia haram dan vapor secara asasnya memiliki ciri serupa.

“Fatwa mengambil kira dari segi asas dan agama di mana rokok elektronik itu memudaratkan dan membazir,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Wacana Eksekutif Indeks Syariah Malaysia (ISM) Peringkat Negeri di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 18, 2015 @ 9:18am
d