mutakhir

Mimpi ngeri warga Pulau Mutiara

Oleh Zuhainy Zulkiffli

Georgetown: Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di bandar raya ini pasti menjadi mimpi ngeri kepada orang ramai terutama yang mempunyai urusan kerja.

Di tambah pula dengan sikap pemandu yang tidak bertolak ansur serta berpotensi menyebabkan berlaku kemalangan kecil dan boleh memburukkan lagi kesesakan.

Antara laluan yang dikenalpasti sesak pada waktu puncak ialah Jalan Penang, Jalan Megazine, Jalan Datuk Keramat, Jalan Masjid Negeri, Pulau Tikus, Jalan Air Itam, Jalan Utama, Jalan Kebun Bunga dan Persiaran Gurney.

Selain itu, Jalan Burmah, Jalan Mecalister, Jalan Sungai Pinang, Jalan Perak, Bulatan Bayan Baru (bulatan di Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah/ alan Tun Awang), Sungai Dua, Bayan Lepas dan dari Relau ke Jalan Paya Terubong menghala ke Balik Pulau.

Namun, paling meruncing ialah kesesakan yang berlaku sepanjang Lebuhraya Dr Lim Chong Eu ke Jambatan Pulau Pinang serta arah Bayan Baru dan Batu Uban ke jambatan terbabit terutama pada setiap Jumaat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 19, 2015 @ 8:04am
d