mutakhir

Bebanan RM50 juta rumah terbengkalai

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menerima 1,000 aduan daripada penjawat awam mengenai masalah pembelian rumah terbengkalai membabitkan kerugian lebih RM50 juta.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata, aduan berkenaan diterima sejak dua tahun lalu membabitkan projek perumahan yang bermasalah di seluruh negara.

Kata Azih, masalah itu paling ketara dihadapi di Kelantan dengan kira-kira 13,000 pembeli (penjawat awam terutama anggota tentera) membabitkan 14 projek perumahan yang sehingga kini masih gagal disiapkan meskipun Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) sudah melunaskan bayaran kepada pihak pemaju.

“Selain Kelantan, kita juga mengesan banyak lagi projek perumahan yang disyaki menipu pembeli penjawat awam di seluruh negara seperti di Bukit Beruntung (Selangor), Kuala Kangsar (Perak), Gong Badak (Terengganu), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching, Sarawak.

“Perkara ini tidak boleh dipandang remeh dan CUEPACS meminta kerajaan dan pihak terbabit memberi perhatian serius terhadap masalah berkenaan dan melakukan pemantauan yang sepatutnya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 19, 2015 @ 8:09am
d