mutakhir

'Mengail' lepas Asar

Oleh Nor Amalina Alias

Bachok: Sepasang suami isteri dikesan menggunakan taktik ‘mengail’ untuk mencuri duit tabung Masjid Mukim Kuala Melawi, di sini, sejak Mei lalu.

Pasangan berusia lingkungan 30 tahun itu juga sanggup membawa tiga anak mereka berusia antara satu hingga enam tahun setiap kali melakukan jenayah terbabit.

Jenayah mereka bagaimanapun terbongkar selepas dicekup penduduk ketika ‘khusyuk’ memancing duit tabung masjid itu, kelmarin.

Mereka ditahan jam 6 petang melalui intipan ahli kariah selepas duit tabung masjid itu dikesan dicuri lebih lima kali sejak Mei lalu.

Penghulu Kampung Melawi Mat Lazim Mat Ya, 48, berkata, penduduk mula mengintip kegiatan keluarga itu selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan ada orang ‘mengail’ duit tabung menggunakan alat panjang disapu gam tikus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 19, 2015 @ 8:11am
d