mutakhir

Pak cik serakah

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Subang Jaya: Penemuan mesej SMS ugutan oleh ahli keluarga membongkar tragedi hitam dialami seorang gadis yang diperkosa bapa saudara tirinya sebelum ini.

Mangsa berusia 19 tahun mendakwa diperkosa suspek di sebuah pangsapuri di Puchong di sini, pada 21 Julai lalu.

Mangsa bagaimanapun terpaksa merahsiakan perkara itu hampir sebulan selepas diugut suspek yang mengancam untuk mencederakannya.

Bagaimanapun, kejadian itu terbongkar apabila ibu mangsa terbaca SMS di telefon bimbit anaknya itu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Kedah ke Kuala Lumpur bersama suspek yang memandu kenderaan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 19, 2015 @ 8:18am
d