mutakhir

Guna peluang untuk insafi diri

Madinah: Jemaah haji Malaysia perlu menggunakan kesempatan program ziarah Masjid Nabawi untuk mengenang dan menginsafi diri terhadap perjuangan serta penderitaan generasi terdahulu dalam menyebarkan Islam.

Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) Ustaz Ramli Ibrahim berkata, program ziarah yang disusun Tabung Haji (TH) itu turut membantu jemaah haji mengetahui sejarah Masjid Nabawi.

Menurutnya, masjid berkenaan satu daripada tiga masjid digalakkan oleh Rasulullah SAW untuk diziarahi.

Katanya, tuntutan ziarah itu sebenarnya tidaklah terikat dengan tempoh atau masa tertentu dan tidak pula terikat dengan solat atau ibadat yang banyak atau sedikit.

“Tuntutan ziarah ini sebenarnya sudah terlaksana dengan bersolat Tahiyyatul Masjid dua rakaat, memberi salam kepada Rasulullah SAW dan kedua-dua sahabatnya, kemudian berdoa untuk kebaikan diri kita dan kaum Muslimin keseluruhannya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 19, 2015 @ 8:33am
d