mutakhir

Detik cemas sudah berlalu

Oleh Kalsom Rahmathulah

Georgetown: “Pada saat itu, saya terdetik untuk menggantikan nyawa anak kerana tidak sanggup melihat penderitaan ditanggungnya,” luah Noraini Tohat, 41, menceritakan detik anaknya disahkan menghidap jantung berlubang.

Noraini berkata, perasaan cemas terus menyelubungi diri dan suaminya, Azre Mohamad, 43, apabila cahaya mata yang dikurniakan itu disahkan menghadapi masalah jantung berlubang.

Kini, sinar bahagia menyinari wajah Noraini selepas anaknya selamat jalani pembedahan membaiki saluran jantung tersumbat dengan kos RM35,000 tajaan Shangri-La’s Rasa Sayang Resort dan Spa, Pulau Pinang, di Hospital Gleanegles, Pulau Pinang 12 Ogos lalu.

Katanya, perasaannya lega dan lapang serta-merta apabila anaknya kini lebih aktif berbanding ketika menjalani rawatan sepanjang dua bulan lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 20, 2015 @ 8:05am
d