mutakhir

Perbetul niat zakat

Oleh Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: Umat Islam dinasihatkan memahami konsep sebenar mengeluarkan zakat dan bukan hanya memilih untuk melaksanakan tanggungjawab itu pada bulan tertentu bagi mendapatkan rebat pelepasan cukai semata-mata.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Abdul Hakim Amir Osman berkata, sikap itu perlu diperbetulkan kerana pihaknya melihat masih ada trend pembayaran zakat hanya dilakukan ketika Ramadan dan akhir tahun.

Katanya, trend itu berterusan sejak sekian lama dalam kalangan umat Islam dan ia mungkin disebabkan ceteknya pengetahuan mengenai zakat.

“Sejak 25 tahun kita beroperasi, terdapat trend sama apabila pembayaran zakat hanya tertumpu pada bulan tertentu seperti Ramadan dan Disember saja berbanding bulan lain.

“Ia kemungkinan disebabkan ramai mahu mengejar tarikh akhir untuk mendapatkan rebat pelepasan cukai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 20, 2015 @ 8:11am
d