mutakhir

Kecoh harta karun Jepun

Kunak: Penemuan jongkong emas bernilai jutaan ringgit kononnya oleh sekumpulan pekerja di terowong tinggalan tentera Jepun di Ladang Mostyn, di sini, yang tersebar melalui laman sosial sejak beberapa hari lalu menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni orang ramai.

Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto berkata, pihaknya turut menerima maklumat sama mengenai penemuan itu, tetapi tiada individu atau pekerja ladang mengakuinya.

“Jongkong emas ini didakwa ditemui dalam terowong tinggalan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua di ladang itu.

“Saya sendiri menghubungi pengurus ladang pagi tadi (semalam) dan beberapa penduduk bagi mengesahkan penemuan ini, tetapi tiada maklumat lanjut mengenainya,” katanya, semalam.

Susilo berkata, pihaknya gagal mengesan individu yang menemuinya selain lokasi emas yang didakwa ditemui di ladang terbabit.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 20, 2015 @ 8:14am
d