mutakhir

2 pemegang saham DEIG cuma penama

Dua individu yang dikatakan pemegang saham Darul Ehsan Investment Group (DEIG) hanya berperanan sebagai penama yang membolehkan anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI) itu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata, nama individu terbabit perlu digunakan untuk mendaftar syarikat berkenaan kerana ia sebahagian daripada prosedur ditetapkan undang-undang.

Beliau berkata, individu terbabit pemegang saham yang menyerahkan DEIG kepada MBI sebaik ia selesai didaftarkan.

“Tidak timbul isu DEIG dimiliki dua individu kerana untuk tubuhkan syarikat, dalam perundangan membolehkan dua pemegang saham buka syarikat. Dua nama itu digunakan ketika mendaftar syarikat (DEIG),” katanya.

Disiarkan pada: August 21, 2015 @ 8:21am
d