mutakhir

Kurang penghayatan kemerdekaan

Oleh Siti Farahiyah Aziz

Gombak: Sambutan ulang tahun kemerdekaan 2015 tidak sepatutnya dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 4.0, malah orang ramai perlu turut serta mengibarkan Jalur Gemilang pada perarakan kemerdekaan pada 31 Ogos ini.

Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, beliau tidak setuju dengan perhimpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan 29 dan 30 Ogos ini.

“Bersih boleh mengibarkan bendera, tetapi saya tidak dimaklumkan ada mereka akan mengibarkan Jalur Gemilang atau sebaliknya.

“Ini masanya untuk Bersih 4.0 turut sama menyertai perbarisan mengibarkan Jalur Gemilang dan menunjukkan kemeriahan sambutan ulang tahun kemerdekaan,” katanya ketika ditemui di Sambutan Bulan Kemerdekaan di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 22, 2015 @ 5:10am
d