mutakhir

Gila Baby bolot habis!

Serdang: Filem Gila Baby mencipta sejarah apabila menang semua lima kategori yang dicalonkan pada Anugerah Lawak Warna (ALW) 2015 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, malam tadi.

Filem terbitan Grand Brilliance itu menyapu bersih kategori Filem Komedi Terbaik, Pengarah Komedi Terbaik (Filem) menerusi Kabir Bhatia, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) (Beto Kusyairy), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) (Nadiya Nisaa) dan Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem) menerusi Alfie Palermo dan Khabir Bhatia.

Penerbitnya, Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata, kemenangan besar filem itu penghargaan buat mereka sepasukan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Kabir dan pihak Filmscape, pasukan Grand Brilliance dan semua pelakon serta karyawan terbabit dalam filem ini. Ia membuktikan ALW mempunyai citarasa yang baik,” katanya.

Dalam pada itu Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV) menjadi milik Sharnaaz Ahmad (Suamiku Encik Sotong), Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) - Jihan Muse (Jihan Nak Buat Rumah Terbuka), Rancangan Komedi Terbaik Bersiri - Karoot Komedia X S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB) serta Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri - Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 22, 2015 @ 5:11am
d