mutakhir

Peruntuk RM100 juta

Oleh Rizanizam Abdul Hamid

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan projek sulung perkhidmatan bas henti-henti atau myBAS di lima negeri menjelang akhir tahun ini.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, setakat ini, operasi myBas sudah bermula di Perlis sejak 1 Ogos lalu sebelum diperluaskan sepenuhnya ke Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Kuching, Sarawak.

“Lima negeri ini menjadi projek perintis perkhidmatan myBAS yang diuruskan operator syarikat bas dilantik SPAD menggantikan Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBS) yang diterima mereka sebelum ini.

“ISBS akan digantikan dengan Skim Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SSBT) sebagai penyelesaian jangka panjang meningkatkan tahap perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan pembayaran ISBS kepada 11 syarikat pengendali bas keseluruhannya berjumlah RM10.8 juta, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 22, 2015 @ 5:12am
d