mutakhir

Ziarah dari bilik ke bilik

Madinah: Kebajikan jemaah haji terus diberi perhatian oleh Tabung Haji (TH) dengan melakukan ziarah dari bilik ke bilik untuk bertanya khabar dan berkongsi ilmu dengan jemaah sebagai persediaan ke Makkah.

Program ziarah berkenaan sebahagian daripada program dirancang bagi memastikan jemaah haji sentiasa dipantau dan sebarang kemusykilan berkaitan ibadat umrah dan haji diselesaikan segera.

Pengarah Operasi Madinah Mohd Zawawi Bostam berkata, selain siri bimbingan jemaah haji yang diaturkan, pihaknya turut melakukan lawatan dari bilik ke bilik.

“Pembimbing Ibadat Haji akan melawat bilik jemaah haji dan memberi bimbingan secara terus mengenai kemusykilan ditanyakan jemaah.

“Selain itu, kami juga mengumpul aduan daripada jemaah haji untuk tindakan selanjutnya oleh pihak kebajikan,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 22, 2015 @ 5:14am
d