mutakhir

Lupa tutup api rumah tinggal abu

Lubok Antu: Kecuaian seorang suri rumah yang tidak menutup api selepas memasak mengundang padah apabila perbuatannya itu dipercayai menjadi punca sebuah rumah panjang 28 pintu di Ulu Engkari di sini, musnah dalam kebakaran kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang, lebih 100 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas rumah panjang yang diperbuat daripada kayu dan buluh itu hangus dijilat api.

Sumber berkata, difahamkan, seorang wanita berusia 30-an memasak di dapur, namun terlupa menutup api dapur gas ketika keluar kediaman sebelum bersembang dengan jirannya di beranda rumah panjang terbabit.

“Api yang mula merebak dari dapur disedari jiran, namun usaha penduduk untuk memadamkannya tidak berhasil. Penduduk juga gagal menyelamatkan barangan berharga serta dokumen penting masing-masing kerana api merebak dengan pantas.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 23, 2015 @ 5:16am
d