mutakhir

Kekal imej jemaah terbaik

Makkah: Tabung Haji (TH) bersedia terima ketibaan 22,320 jemaah haji Malaysia yang akan memasuki Makkah secara berperingkat.

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan) Tabung Haji (TH) Nurrin Anuwar Shamsuddin berkata, 51 peratus jemaah haji akan tiba dari Madinah, manakala 49 peratus lagi akan mendarat di Jeddah.

Bagi melancarkan ibadat mereka, jemaah haji Malaysia juga perlu mematuhi peraturan kerajaan Arab Saudi untuk terus mengekalkan imej sebagai jemaah haji yang terbaik dan berdisiplin.

“Bila berbincang dengan kerajaan Arab Saudi, jemaah Malaysia selalu digambarkan sebagai jemaah yang berdisiplin dan fokus selain tidak mempunyai masalah kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, TH juga menasihatkan jemaah haji supaya mengikut arahan, mematuhi jadual ditetapkan dan menghadiri taklimat diberikan Pembimbing Ibadat Haji untuk membolehkan mereka terus fokus.

Disiarkan pada: August 24, 2015 @ 7:50am
d