mutakhir

Penagih hampir mauttak serik ambil dadah

Walaupun pernah terselamat daripada penyakit membawa maut, seorang lelaki masih tidak serik membahayakan dirinya apabila dia dikesan mengambil dadah dalam operasi dadah, kelmarin.

Lelaki berusia 35 tahun itu didapati positif dadah jenis ganja selepas ujian yang dijalankan terhadapnya berikutan aduan daripada ahli keluarganya sendiri kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Suspek sebelum ini pernah menghidap penyakit kanser tulang, malah tulang kakinya juga sudah dibuang dan digantikan dengan tulang sintetik selepas pihak hospital mengesahkan ia tidak boleh digunakanlagi.

Pegawai AADK Ampang Hasnina Ibrahim berkata, seorang penagih yang mengaku sudah menagih dadah sejak 30 tahun lalu berjaya ditahan dalam serbuan berkenaan.

Disiarkan pada: August 24, 2015 @ 8:13am
d