mutakhir

Warga Nepal didakwa bunuh rakan

Seorang lelaki warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan membunuh rakan senegaranya menggunakan kayu beluti, bulan lalu.

Tertuduh, Paban Kumar Sharma, 21, yang memakai baju lokap mengangguk faham sebaik tuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ala’uddin Baharom.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang tidak diwakili peguam.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Suresh Kahar menggunakan belantan di pos kawalan keselamatan sebuah kilang di Jalan Permata 1, Nilai.

Disiarkan pada: August 26, 2015 @ 9:01am
d