mutakhir

Gembira tak terkata

Oleh Siti Farahiyah Aziz

Kelana Jaya: “Alhamdulillah, kami ditawarkan menjadi tetamu Allah SWT lebih awal berbanding tempoh sebenar iaitu pada 2017,” kata Norchahaya Munir, 65.

Selama sebulan Norchahaya mengerjakan haji di Tanah Suci, dia ditemani suami Abd Rahman Mohd Tahir, 67.

Menurut Norchahaya, dia menyangka suaminya tidak berpeluang melaksanakan Rukun Islam kelima bersamanya kerana dia terlebih dulu menerima surat tawaran dari Tabung Haji (TH).

“Pada mulanya saya sedih kerana tidak dapat melaksanakan haji bersama suami kerana kami mendaftar bersama-sama pada 2007 lalu, namun seminggu kemudian suami turut mendapat tawaran daripada TH.

“Kami bersyukur kepada Allah SWT serta berterima kasih kepada TH kerana memberi peluang kepada kami untuk mengerjakan ibadah haji bersama,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 28, 2015 @ 9:52am
d