mutakhir

Hadiah jam tangan tanda perpisahan

“Saya tidak sangka jam tangan dihadiahkan isteri tiga hari lalu sempena hari lahir saya bulan depan petanda dia akan pergi buat selama-lamanya,” kata Shahrizan Abu Bakar, 35, yang terbabit dalam kemalangan bersama Sharni Hassim, 34, menyebabkan wanita itu terbunuh, semalam.

Dalam kejadian jam 9.18 pagi itu, lelaki terbabit dalam perjalanan menghantar isterinya ke tempat kerja di kedai jahit di Shahab Perdana di sini, dan sebaik tiba persimpangan lampu isyarat Maktab Mahmud menghala Simpang Kuala, tiba-tiba motosikalnya bergesel dengan lori.

“Saya tidak ingat dengan jelas keadaan sebenar dan tidak menyangka kejadian itu menyebabkan isteri terkorban.

“Sepatutnya ahli keluarga isteri dari Baling datang ke rumah kami di Taman Desarina di sini, pada 31 Ogos ini, namun sebaliknya berlaku,” katanya.

Disiarkan pada: August 30, 2015 @ 5:06am
d