mutakhir

Kami dah penat!

Oleh Nadzreen Shah Mat Salim

Semenyih: “Tolonglah selesaikan segera masalah ini. Kami dah penat!” luah pekerja swasta Muhd Amiruddin Aziz, 33, mengenai masalah bekalan air di Semenyih, di sini.

Menurutnya, penghuni di kawasan itu bimbang kemungkinan keperluan asas itu tidak dapat bertahan dan mungkin terputus lagi memandangkan perkara yang sama berlarutan dalam tempoh lama tanpa penyelesaian.

“Kami tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kami sudah panggil media, lepas liputan media, ada air. Lepas dua tiga hari, tiada air.

“Bayangkan orang tua yang uzur, tidak mampu setiap hari untuk mengambil air dari lori tangki,” katanya.

Tinjauan Harian Metro di tiga kawasan perumahan mendapati krisis catuan air sememangnya berada pada tahap kritikal.

Difahamkan, penduduk hanya bergantung kepada bekalan air yang disalurkan dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Dia mendakwa bekalan yang diberikan tidak memuaskan, malah bekalan air dari lori tangki itu tidak mengikut jadual dan masa ditetapkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: August 31, 2015 @ 5:04am
d