mutakhir

Benteng penjajahan era baru

Putrajaya: Semangat patriotisme yang wujud dalam kalangan rakyat diyakini mampu menjadi benteng kepada negara untuk berdepan pelbagai penjajahan bentuk baru termasuk gelombang ‘neokolonialism’ yang melanda negara membangun lain termasuk Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau yakin semua bangsa dan agama di negara ini dapat disatukan atas nama patriotisme dan pembentukan sebuah negara bangsa.

Beliau berkata, dalam keadaan negara dilanda pelbagai isu dan kekeliruan, anak muda termasuk generasi Y juga harus bekerjasama bagi mengatasi penjajahan bentuk baru itu.

“Kita mesti bersatu atas nama patriotisme bagi membentuk sebuah negara bangsa dan penyatuan yang jitu.

“Ada beberapa kaedah penyatuan termasuk melalui aktiviti konvoi bermotosikal. Menerusi aktiviti konvoi bermotosikal, kita ketepikan semua perbezaan tidak kira kita Melayu, Cina, India, Kadazan atau Murut,” katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Kembara Kasih Merdeka 2015 anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini pagi semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 1, 2015 @ 9:26am
d