mutakhir

Hobi terapi rawat sakit

Alor Gajah: Pelakon veteren Roslan Salleh, 58, menganggap hobi membela kucing dan menternak ayam kampung umpama terapi bagi merawat dirinya yang menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah rendah dan batuk kering.

Selain itu, Roslan yang dibantu isteri, Zainun Majid, 52, turut mengusahakan tanah miliknya seluas 1.5 hektar untuk bercucuk tanam sekali gus menjana pendapatan selepas dia terpaksa berehat sejak tiga tahun lalu berikutan masalah kesihatan dihadapinya.

Roslan berkata, dia dan isteri membela 20 kucing tempatan yang pada asalnya dibuang oleh pemilik asal di rumahnya selain kucing terbiar dipungut dari tepi jalan atau pasar awam.

“Melayan gelagat kucing yang manja dan mahu dibelai menjadikan saya lupa seketika mengenai kesakitan yang melanda sehingga saya sanggup bina kandang untuk keselesaan haiwan itu. Selain itu, kucing juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 1, 2015 @ 9:45am
d