mutakhir

Warga emas lemas ditindih motosikal

Parit Buntar: Seorang warga emas ditemui maut dipercayai akibat lemas ditindih motosikalnya ketika mangsa terbabas bersama kenderaannya itu di dalam sawah di tepi jalan utama Kampung Kuala Bagan Tiang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.20 malam, mangsa, Rameli Osman, 65, ditemui seorang penduduk kampung yang berasa pelik apabila mendapati sebuah motosikal berada di dalam sawah di pinggir jalan utama kampung itu.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu dan sepasukan anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Siasatan yang dijalankan mendapati mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda C70, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Tebuk Haji Musa, dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan yang gelap itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 2, 2015 @ 9:34am
d