mutakhir

POTA diwarta

Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Putrajaya: Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) diwartakan dan berkuat kuasa secara rasminya mulai semalam.

POTA boleh digunakan pihak berkuasa untuk memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya mereka membabitkan diri dalam perbuatan keganasan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan sebelum ini sudah membentangkan rang undang-undang POTA di Parlimen pada sesi Mac 2015 sebelum ia diperkenan Yang di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, undang-undang itu dibuat selaras pembentangan Kertas Putih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 November 2014 di Dewan Rakyat bertajuk ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Militan Islamic State.’

“Dalam penggubalan POTA ini, terdapat satu undang-undang baru turut digubal di samping beberapa pindaan selari yang dibuat terhadap empat undang-undang sedia ada.

“Ini bertujuan untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar mantap dan komprehensif supaya anasir-anasir ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya dalam kenyataan di keluarkan di sini, malam tadi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 2, 2015 @ 9:45am
d