mutakhir

Pesta maki-hamun

Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Perlu tindakan tegas. Itu gesaan Pemuda UMNO kepada kerajaan untuk mengambil tindakan kepada penganjur perhimpunan haram hujung minggu lalu kerana menimbulkan provokasi dan memijak gambar pemimpin.

Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata, tindakan segelintir mereka melaungkan kata-kata kesat serta memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah memberi mesej bahawa peserta secara total menolak kepimpinan dua parti politik Melayu terbesar di negara ini.

Katanya, jelas sekali, budaya asing yang tanpa segan-silu mengkritik individu atau pemimpin secara terbuka di tempat awam dijadukan pesta maki-hamun pimpinan negara dalam perhimpunan haram di ibu negara itu.

“Oleh itu, Pemuda menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri supaya mengambil tindakan sewajarnya ke atas pencetus provokasi agar mereka dikenakan tindakan undang-undang bersesuaian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 2, 2015 @ 10:02am
d