mutakhir

Perjudi anak

Oleh Fardy Bungga dan Siraj Mohd Zaini

Kuala Lumpur: Ada ibu bapa dikesan membawa anak mereka menyertai perhimpunan haram Sabtu dan Ahad lalu walaupun Akta Perhimpunan Aman 2012 melarang mereka berbuat demikian.

Berdasarkan pemerhatian ketika perhimpunan itu berlangsung, terdapat beberapa ibu bapa membawa kanak-kanak seawal usia lima tahun.

Kanak-kanak itu turut memakai baju Bersih selain membawa sepanduk yang mempamerkan mesej menggunakan perkataan lucah.

Walaupun peserta perhimpunan haram itu sedar akan kemungkinan tercetusnya huru-hara yang boleh mengancam keselamatan anak, namun mereka tetap ingkar dengan larangan terbabit.

Dalam perhimpunan itu, seorang kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun yang didukung bapanya dikesan membawa sekeping kotak dan tertulis perkataan biadap dan mengaibkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 2, 2015 @ 10:10am
d