mutakhir

Sepuluh pesawah terharu

Oleh Siti Farahiyah Aziz

Kelana Jaya: Seramai 10 pesawah begitu teruja dan terharu selepas diterima untuk mengerjakan ibadah haji musim ini.

Menurut Ahmad Akib, 77, dia akan mengetuai sembilan lagi jemaah yang semuanya wanita dan akan cuba yang terbaik untuk memastikan perjalanan ibadah mereka lancar dan sempurna.

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur kerana dapat ke Tanah Suci bersama-sama dan insya-Allah akan menjaga antara satu sama lain ketika berada di sana nanti.

“Saya sebenarnya sudah membuat simpanan hasil daripada bersawah sedikit demi sedikit supaya dapat mencapai impian untuk melaksanakan rukun Islam kelima ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji di sini, semalam.

Antara jemaah yang akan bersama Ahmad adalah isterinya Asiah Arshad,65, serta saudaranya Mastiah Sabli, 69, Satariah Tamir, 70, Salasiah Awang,77, Esah Mohamad, 64, Norimah Yusof, 58, Salamah Mohamad,56, Abd Ghani, 55, dan Saadiah Suleiman,48.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 2, 2015 @ 10:20am
d