mutakhir

'Kimpal' air lalok

Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: Sebuah bengkel di Kampung Batu Muda Tambahan di sini, bukan saja menjadi lokasi megimpal kenderaan, malah tiga pekerjanya turut aktif memproses air ketum untuk dijual bagi memperoleh pendapatan sampingan.

Kegiatan itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur melakukan serbuan ke atas bengkel itu, tengah hari semalam.

Dalam serbuan jam 12.35 tengah hari, tiga suspek ditahan ketika asyik memproses minuman khayal berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, dalam serbuan itu pihaknya merampas 231 bungkusan air ketum siap diproses yang bernilai RM2,310.

Menurutnya, polis turut merampas 43.6 kilogram (kg) daun ketum kering bernilai RM3,520 serta beberapa peralatan memproses air ketum.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 2, 2015 @ 10:27am
d