mutakhir

Tangguh pengajian demi haji

Oleh Siti Farahiyah Aziz

Kelana Jaya: Seorang pelajar kejuruteraan elektronik di sebuah universiti awam Nurul Raihan Sabrina Mohd Zaidi, 19, sanggup menangguhkan pengajian satu semester untuk menunaikan haji bersama keluarga.

Nurul Raihan berkata, dia bersyukur dan gembira kerana dapat mengerjakan haji pada usia muda.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat mengerjakan ibadah ini bersama keluarga dan penangguhan semester ini saya rasa berbaloi kerana ke sana untuk beribadah.

“Selain menabung sedikit demi sedikit, semua persiapan dibuat dengan bantuan emak dan ayah. Saya sekeluarga turut mengikuti kursus haji bagi menambah kefahaman terhadap Rukun Islam kelima,” katanya.

Nurul Raihan ke Tanah Suci ditemani bapanya, Mohd Zaidi Ahmad, 45, ibunya, Sitti Khadijah Sheikh Mohammad, 45, dan adiknya, Nurul Jannah Aqilah, 15.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 3, 2015 @ 9:12am
d