mutakhir

Arah baiki segera

Oleh Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam melawat Perumahan Awam Seri Labuan di Bandar Tun Razak, di sini, untuk melihat sendiri keadaan setelah menerima laporan mengenai beberapa isu yang berlaku di kawasan perumahan itu.

Najib berkata, setelah meninjau keadaan sekeliling dan masalah yang dihadapi, beliau mahu beberapa perkara dilaksanakan.

Kelengkapan awam di Madrasah al-Aula seperti pendingin hawa, kipas siling serta sistem paip dan saliran diganti atau diperbaiki dengan kadar segera.

Beberapa pendingin hawa di madrasah itu juga perlu ditambah untuk keselesaan jemaah.

“Lantai gelanggang futsal serta jaring di sekeliling gelanggang dan tiang gol juga perlu diperbaiki atau diganti serta mengecat kembali Sekolah Rendah Agama al-Farabi.

“Perabot seperti kerusi dan meja pelajar di Sekolah Rendah Agama Al-Farabi juga akan diganti baru selain pendingin hawa dipasang.

“Insya-Allah, semua ini akan membolehkan penduduk dan anak kecil di Perumahan Awam Seri Labuan, Bandar Tun Razak hidup dalam keadaan lebih selesa,” katanya dalam laman web NajibRazak.com semalam.

Disiarkan pada: September 3, 2015 @ 9:38am
d