mutakhir

Terpulang ihsan Sultan

Oleh Ibrahim Isa

Muar: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan rakannya berusia 21 tahun terlepas hukuman gantung sampai mati namun nasib mereka bergantung kepada ihsan Sultan Johor yang akan menentukan tempoh penjara selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam mendapati mereka bersalah membunuh dan merogol remaja perempuan pada Disember 2010.

Mahkamah menjatuhkan hukuman itu berikutan Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 melarang tertuduh di bawah umur 18 tahun (ketika kejadian) dijatuhkan hukuman mati.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz mendapati kedua-dua tertuduh bersalah membunuh Siti Mazni Abdul Rahman, 14, di kebun kelapa sawit Kampung Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, Batu Pahat, 15 Disember 2010.

Malah, sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Azman berkata, pihak pembelaan hanya membuat penafian semata-mata, tetapi tidak dapat menyangkal kenyataan saksi dan bukti yang dikemukakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Disiarkan pada: September 3, 2015 @ 9:40am
d