mutakhir

Tempelak Mahathir

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya mencari tumpuan kerana beliau tidak lagi menerajui pentadbiran negara.

“Beliau bukan lagi perdana menteri, beliau tidak sepatutnya mencari tumpuan,” kata Najib semasa memulakan ucaptamanya pada Simposium Pasaran Modal Sedunia, di sini.

Dr Mahathir kebelakangan ini begitu lantang mengkritik Najib dan malah memintanya meletak jawatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB.

Perdana Menteri tidak menyebut nama Dr Mahathir secara khusus, tetapi jelas siapa tokoh yang dirujuk beliau.

Disiarkan pada: September 4, 2015 @ 6:46am
d