mutakhir

7 panik dalam asap tebal

Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Tujuh sekeluarga yang melecur dan sesak nafas dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas terperangkap hampir 20 minit dalam kediaman yang terbakar.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi kelmarin, semua mangsa dikatakan lena tidur ketika rumah teres dua tingkat dihuni di Taman AU Keramat, di sini, dijilat api.

Insiden itu menyebabkan pemilik rumah, Ahmad Ismail, 64, melecur di kedua-dua tangannya apabila mangsa terpegang besi pemegang tangga yang terbakar.

Anak perempuan mangsa, Nurul Syuhada Ahmad, 37, berkata, dia hanya menyedari kebakaran selepas terdengar bunyi kaca pecah dan rekahan di tingkat bawah kediamannya.

Menurutnya, dia keluar dari bilik tidur untuk memeriksa kejadian sebelum mendapati api marak membakar ruang tamu utama rumahnya.

“Saya mengejutkan ahli keluarga lain termasuk ayah dan ibu di bilik tidur di tingkat atas kediaman.

“Keadaan ketika itu sangat cemas berikutan api kian marak. Bapa yang menyangka tiga cucunya tidur di tingkat bawah kediaman meluru turun sebelum terpegang pemegang besi tangga yang panas terbakar,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 5, 2015 @ 5:26am
d