mutakhir

Hajat tertunai lepas seabad

Makkah: “Saya bersyukur masih berpeluang menjejakkan kaki di Tanah Suci,” kata jemaah haji Malaysia tertua, Sebli Mat yang berusia 104 tahun ketika ditemui di Maktab 91 Rehab Janadriah di sini.

Warga emas dari Kampung Haji Wahid, Miri, Sarawak yang ditemani anak tunggalnya, Mohamad, 63, berkata, setiap kali selepas solat dia sering berdoa semoga hajatnya untuk menunai haji tercapai.

Sebli yang dilahirkan pada 21 Februari 1911 berkata, peluang menunaikan haji pada 2013 sebelum ini terpaksa dilupakan kerana ketiadaan pengiring berikutan faktor usia.

Namun, pada tahun ini, dia sekali lagi menerima surat tawaran daripada Tabung Haji (TH) dan kali ini rayuan anak lelaki tunggalnya sebagai pengiring diterima.

Dia yang menaiki KT18 ke Madinah pada 22 Ogos lalu berkata, hanya Tuhan tahu perasaannya ketika itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur anak sanggup berkorban menemani saya dan impian menunaikan haji hampir dicapai,” katanya yang kehilangan isteri tersayang tiga tahun lalu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 6, 2015 @ 5:09am
d