mutakhir

'Hanya buah mulut orang'

Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Georgetown: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menafikan dakwaan bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru.

Katanya, beliau tidak menerima sebarang makluman berhubung perkara itu selain menyifatkannya sebagai ‘cakap-cakap orang’.

“Saya tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung isu lantikan Menteri Besar Kedah yang baru ini. Perkara ini hanya menjadi buah mulut orang ramai.

“Sudah namanya pun disebut-sebut orang, jadi apa-apa pun mereka boleh sebut,” katanya selepas merasmikan Karnival Pengguna Pulau Pinang, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan akan menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam rombakan yang dikatakan dalam masa terdekat ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 7, 2015 @ 10:36am
d