mutakhir

Jerebu diramal berakhir Oktober

Kuala Lumpur: Jerebu yang melanda negara diramal berakhir pada Oktober depan iaitu sebaik memasuki musim peralihan monsun.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan media berkata, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) negara kini masih dalam fasa Monsun Barat Daya dan ia dijangka berakhir pada pertengahan bulan ini.

“Cuaca kering dan berjerebu yang melanda negara dijangka berakhir dengan bermulanya musim peralihan monsun pada Oktober depan.

“Bagaimanapun, fenomena El-Nino sederhana yang sedang berlaku dalam negara ketika ini dijangka berterusan sehingga awal 2016,” katanya.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Disiarkan pada: September 7, 2015 @ 10:46am
d