mutakhir

Buruh binaan sebak tiada khabar nasib isteri

Sabak Bernam: “Sebak mengenangkan nasib isteri saya, Irwati Muhamad Nasir, 28, yang karam bersama bot itu. Sehingga kini tiada khabar berita mengenai nasibnya,” kata buruh binaan warga Indonesia, Ispandi Mohd Abas, 27.

Dia tambah pilu apabila isterinya itu kini sedang mengandung empat bulan anak sulung mereka.

“Saya tidak dapat ikut bersama dengannya pulang ke Acheh, Indonesia kerana wang tidak mencukupi. Tambang bot berkenaan sangat mahal.

“Kami baru berkahwin lapan bulan lalu dan isterinya mahu pulang ke kampung halaman kerana mahu menyambut Aidiladha selain mahu melahirkan anak di Acheh,” katanya ketika di temui di Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini, semalam.

Menurutnya, tambang menaiki bot itu sekitar RM600 seorang dan dia membatalkan niat untuk ikut serta pulang ke kampung kerana kesempitan wang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 7, 2015 @ 11:18am
d