mutakhir

Nahas tak ikut nasihat abang

Ipoh: “Saya pernah menasihatkan adik supaya jangan pulang ke kampung sebaik dia beritahu mahu ke Indonesia untuk mengambil sijil persekolahan bagi memudahkan dia memohon pekerjaan di sini,” kata Hasbi Abdul Hamid, abang kepada Masrul Abdul Hamid, 18, yang ditemui lemas dalam kejadian bot karam di perairan barat daya Tanjung Sauh dekat Sabak Bernam, dekat sini, awal pagi Khamis lalu.

Hasbi, 33, berkata, arwah adiknya hanya mendiamkan diri apabila dia menasihatkannya supaya jangan pulang ke Indonesia.

“Saya terkejut menerima panggilan telefon daripada Kedutaan Indonesia memaklumkan adik saya antara mangsa lemas,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), semalam.

Hasbi berkata, dia bagaimanapun kecewa selepas diberitahu bahawa jenazah adiknya tiada di hospital berkenaan sebaliknya kemungkinan di Hospital Teluk Intan (HTI).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 7, 2015 @ 11:20am
d