mutakhir

Isi kelapa bertaburan

Alor Gajah: Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaannya terbabas dan dilanggar sebuah lagi lori di Kilometer 198.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu dipercayai berlaku apabila lori dipandu B Sagasvanamam, 57, dari arah Batu Pahat, Johor ke Seremban, Negeri Sembilan cuba mengelak serpihan tayar sebelum kenderaan itu gagal dikawal.

Akibat kejadian, mangsa cedera di kepala, tangan kanan, badan serta kedua-dua kaki selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum dirempuh sebuah lagi lori.

Menurut sumber, bagi mengelak serpihan tayar itu, Sagasvanamam menukar haluan ke lorong kiri, namun kenderaannya tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke lorong kecemasan.

“Ketika itu sebuah lagi lori dari arah belakang melanggar kenderaan mangsa menyebabkan ia terbalik manakala muatan isi kelapa dibawa bertaburan di atas jalan raya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 7, 2015 @ 11:26am
d