mutakhir

Tuah gambar di Taiping

Oleh Umar Tawil dan Nurul Aiman Zainal Isa

Kuala Lumpur: “Saya teruja kerana tidak menyangka memenangi hadiah utama, lagipun saya hanya mengetahui peraduan ini melalui Facebook biarpun sebelum ini sering menyertai peraduan anjuran mana-mana pihak.”

Begitu kata Roslina Syed, 36, dari Taiping, Perak yang memenangi set barangan kemas bernilai RM10,000 dalam peraduan Kongsi dan Menang Momento Aidilfitri anjuran Tomei Gold & Jewellery (Tomei) dengan kerjasama akhbar Harian Metro, semalam.

Juruteknologi Makmal Perubatan Klinik Kesihatan itu berkata, dia tidak menyangka gambar detik indah sekeluarga yang dirakam di kampungnya di Kamunting, Taiping terpilih memenangi hadiah utama pertandingan itu yang diadakan dari 15 Jun hingga 19 Julai lalu.

Tempat kedua dimenangi Zurayah Abd Razak, 35, dari Tanjung Karang, Selangor yang membawa pulang set barangan kemas bernilai RM5,000 manakala Janatulhani Jawahail, 34, dari Cheras, Kuala Lumpur meraih tempat ketiga dan membawa pulang set barangan kemas bernilai RM3,000.

Hadiah disampaikan Pengurus Besar Operasi Runcit Tomei Consolidated Berhad Mary Lu, Pengurus Kanan Jenama Pemasaran Tomei Consolidated Berhad Christine Lim, Pengurus Besar Pengiklanan (Agensi, Jualan Terus dan Keluaran Khas The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP) Roche Chew dan Pengarang Bersekutu Rencana Harian Metro Husain Jahit.

Disiarkan pada: September 9, 2015 @ 5:02am
d