mutakhir

Samarahan IPU 113

Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Kuala Lumpur: Hanya tiga kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat di seluruh negara sehingga jam 5 petang semalam.

Mengikut laporan dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Samarahan, Sarawak mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 113 diikuti Kuching (105) dan Sri Aman (103), manakala 33 kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana dan 16 lokasi lagi merekodkan IPU baik.

Bacaan IPU sederhana dicatatkan di dua kawasan di ibu negara iaitu Batu Muda (67) dan Cheras (63) manakala Shah Alam (62), bandar raya Melaka (87), Muar (91), Kota Kinabalu dan Keningau masing-masing 63 serta Kuantan, 77.

Selain itu, bacaan sederhana dicatatkan di Pelabuhan Klang, Petaling Jaya, Kuching, Miri, Kota Bharu, Pasir Gudang dan Muar.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar melalui kenyataan media memaklumkan pihaknya ke Indonesia dalam tempoh terdekat ini bagi bertemu rakan sejawatannya di Jakarta, Indonesia.

Pertemuan itu bagi membincangkan penyelesaian masalah jerebu yang melanda negara termasuk mengadakan rundingan bagi mempercepatkan proses untuk memuktamadkan perjanjian persefahaman (MoU) dua hala.

Disiarkan pada: September 10, 2015 @ 6:08am
d