mutakhir

Kamal diikat jamin RM200,000

Oleh Mohamad Fahd Rahmat

Johor Bahru: Bekas peguam Diraja Johor, Kamal Hisham Ja’afar, 45, dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan dua penjamin oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi, turut memerintahkan pasport milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah selain dikehendaki melaporkan diri pada setiap minggu di Balai Polis Majidee, di sini.

Azura membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan bagi menentukan urusan ikat jamin yang ditangguhkan Selasa lalu.

Dalam hujahannya semalam, Ketua Unit Pendakwaan Negeri Johor, Saiful Edris Zainuddin memohon mahkamah supaya tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh kerana bimbang Kamal cenderung untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili barisan tujuh peguam bela diketuai Datuk Hazman Ahmad, memohon mahkamah kembali kepada prinsip asas jaminan dan merayu supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 11, 2015 @ 9:25am
d