mutakhir

Peluang kembang bakat

Oleh Mohd Nasif Badruddin

Kuala Lumpur: Rezeki yang lebih luas dan peluang cerah untuk mengembangkan bakat di Malaysia menjadi antara faktor ramai artis kelahiran Singapura memilih meneruskan karier di negara ini berbanding negara asal mereka.

Penyanyi Aisyah Aziz yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia 2013 berkata, sebagai artis semestinya dia akan mengembangkan karier di tempat lebih berpotensi dan mempunyai peluang luas seperti Malaysia yang disifatkan sebagai syurga bagi anak seni.

“Macam penyanyi baru seperti saya yang memerlukan pasaran Melayu untuk mengembangkan kerjaya, saya akan cuba menembusi pasaran di Malaysia kerana pasarannya lebih besar.

“Malah saya juga dapat menjangkau peminat Melayu di Malaysia untuk mendengar muzik saya yang keluasan negaranya lebih besar dari Singapura,” katanya ketika ditemubual menerusi aplikasi WhatsApp semalam.

Minggu lalu, Menteri Sumber Manusia Singapura Lim Swee Say mencetuskan kontroversi apabila memberitahu beliau berasa beruntung menjadi rakyat republik itu berbanding negara ini.

Dalam ucapan kempennya, wakil Parti Tindakan Rakyat untuk Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC) Pantai Timur berkata, beliau beruntung tidak menjadi warga China atau Malaysia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: September 11, 2015 @ 11:08am
d